Persatuan Veteran RSD (PVRSD) adalah sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah pengelolaan dan naungan Jawatankuasa Kor RSD. Aktiviti yang dilaksanakan membolehkan ahli-ahli RSD yang telah bersara termasuk ahli-ahli keluarga mereka menjalinkan silaturahim yang erat setelah tamat perkhidmatan.

      Persatuan ini bermula dari Kelab Pesara yang ditubuhkan pada tahun 1980. Mesyuarat Jawatankuasa Kor RSD ke-88 telah meluluskan penubuhan Persatuan Veteran RSD pada tahun 1984. Penubuhan ini bertujuan untuk membolehkan ahli-ahli menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial serta bagi menguruskan kebajikan pesara-pesara RSD.

veteran

      Ibu pejabat persatuan ini terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ia juga mempunyai cawangan di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Keahlian Persekutuan. Keahlian bagi Ahli PVRSD adalah  terbahagi kepada dua kategori iaitu:

(a) Ahli Seumur HidupTerbuka kepada semua bekas Federation Signals, Kor Rejimen Semboyan, Rejimen Semboyan Diraja dan kakitangan awam atau anggota-anggota tumpangan daripada unit lain yang pernah berkhidmat di mana-mana unit atau pasukan RSD sebelum ini dan selepas daripadanya tidak kurang dari satu hari.

(b) Ahli Kehormat. Orang perseorangan mahu pun dari pihak awam atau angkatan keselamatan yang telah berjasa kepada persatuan. Kuasa pelantikan ini diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kor RSD. Ahli Kehormat tidak mempunyai hak untuk mengundi atau diundi bagi memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Pelantikan Pengerusi. Pelantikan Pengerusi akan dilaksanakan tiga tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung oleh satu jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan.