Tanggal 15 November telah diwartakan sebagai Hari Ulang Tahun Kor RSD bersempena dengan tertubuhnya Rejimen Semboyan di dalam Federation Gazette. Hari Ulang Tahun ini disambut dengan meriah di peringkat pusat serta di seluruh negara. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah: 

  • Mengiringi acara perbarisan istiadat di Peringkat TD, ATM, Negeri dan Persekutuan.

  • Mengiringi Majlis-Majlis Jamuan Makan Malam Beradat di peringkat TD, ATM, Negeri dan Persekutuan.

  • Mengiringi Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat di Istana Negara serta Istana-Istana Negeri.

  • Mengiringi Acara Pertabalan dan Keputeraan SPB Yang di-Pertuan Agong serta Sultan/Raja Melayu yang lain.

  • Mengiringi Majlis Sambutan Pembesar-Pembesar dan Ketua-Ketua Negara Asing.

  • Lain-lain acara di dalam TD, ATM, Negeri dan Persekutuan yang bersesuaian.