Ia telah mula diguna pakai pada lencana kor dan bendera pasukan pada 6 Jun 1992 sejajar dengan penganugerahan ‘Diraja’. Pengertian lambang dan cogan kata yang terdapat pada lambang tersebut adalah seperti berikut:


Burung Camar Laut

  • Burung camar laut adalah sebagai pembawa berita dan penghantar utusan.

  • Bumi pula membawa maksud komunikasi ke seluruh dunia.

  • Bulatan yang tertera dengan perkataan ‘Rejimen Semboyan Diraja’ melambangkan kecemerlangan RSD sehingga dianugerahkan gelaran ‘Diraja’.

 

Cogan Kata ‘PANTAS DAN PASTI

  • Memberi pengertian kecekapan dan keberkesanan untuk menyedia komunikasi yang diperlukan pada sebilang masa.

 

Mahkota, Bulatan dan Skrol

  • Mahkota melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Manakala lima sendi pula melambangkan warganya yang beragama  Islam dan sentiasa berpegang teguh kepada lima Rukun Islam.

  • Bulatan dan skrol yang menjunjung mahkota memberi maksud ‘Diraja’. Mahkota berbucu lima adalah mahkota RAMD yang telah melahirkan pasukan Semboyan.