Di awal penubuhannya pada tahun 1960an, band ini dikenali sebagai kugiran D’Comms. Kugiran ini amat sinonim dengan aktiviti yang diadakan sama ada di peringkat Kor mahupun TD. Nama D' Comms ini adalah singkatan daripada perkataan ‘The Communications’. Di peringkat awal, band ini hanya mempunyai peralatan muzik asas dan studio yang sederhana di Sekolah Semboyan. Band ini pernah ditukar nama kepada Band Gempita pada tahun 1995.
Band ini kemudiannya diberi nafas baru melalui sumbangan-sumbangan yang diterima bagi pembelian alat muzik baru. Studio juga telah dinaiktaraf kepada studio yang lebih moden dan selesa. Nama D’Comms kemudiannya diperkenalkan sekali lagi pada tahun 2006 bagi menyesuaikan ia dengan fungsi dan peranan RSD. Band ini seringkali mendapat jemputan membuat persembahan sama ada di dalam majlis rasmi mahupun tidak rasmi.