Lencana adalah paraphernalia yang dipakai pada pakaian seragam tentera. Tujuan pemakaian adalah sebagai lambang pengiktirafan terhadap kepakaran dan kelayakan anggota dalam perkhidmatan. RSD telah menyediakan lencana khas sebagai pengiktirafan untuk jawatan Foreman dan Yeoman Semboyan.
Pemakaian lencana ini telah diluluskan pemakaiannya oleh JKPTD pada tahun 1993. Walau bagaimanapun, pemakaiannya terhad kepada Pakaian No 2 (Bush Jacket) dan Pakaian No 3 (Kerja) sahaja. JKPTD Siri 4 tahun 2017 telah meluluskan pemakaian lencana ini pada Pakaian No 1 (Istiadat), Pakaian No 5 (Celoreng) dan Pakaian No 6 (Mess Kit).
Lencana Foreman Semboyan
Lencana ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tembaga bersadur emas. Ia mempunyai perkataan ‘Foreman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk molekul dan atom sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakangkan dua warna iaitu warna putih di bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. Pemilihan reka bentuk molekul dan atom melambangkan penugasan Foreman Semboyan yang kompleks dan teknikal. Gambar Lencana Foreman Semboyan adalah seperti di Rajah 2.10.
Rajah 2.10: Lencana Foreman Semboyan