Wisma Perwira RSD ditubuhkan bagi menyediakan fasilitas demi keselesaan dan faedah kepada semua ahli. Wisma Perwira menempatkan bilik penginapan pegawai-pegawai bujang dan menjadi lokasi pelaksanaan aktiviti-aktiviti di peringkat kor bagi mengeratkan silaturrahim. Lokasi asal Wisma Perwira adalah di Haigate, Jalan Padang Tembak sebelum berpindah ke Jalan Ampang.

      Wisma Perwira di Jalan Ampang, Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Wisma Perwira RSD mulai 19 Sep 1994. Sejak penubuhannya, perjawatan mentadbir wisma adalah menggunakan perjawatan 91 RSD. Kerja-kerja peningkatan infrastruktur wisma telah dilaksanakan dari masa ke semasa bagi menjamin keselesaan penghuni dan ahlinya.