Wisma Bintara RSD ditubuhkan bagi menyediakan fasilitas demi keselesaan dan faedah semua ahli. Wisma Bintara menempatkan bilik penginapan bagi anggota LLP bujang berpangkat Sjn hingga PW I. Objektif penubuhan adalah bagi memupuk semangat setiakawan atau 'Esprit de Corps' dan rasa kekitaan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti serta amalan adat resam ketenteraan.

Sejarah penubuhan Wisma Bintara RSD adalah seperti berikut:

  • Sejarah penubuhan Wisma Bintara RSD bermula dengan penubuhan Armed Forces Signals Regiment pada tahun 1962 di Kem Imphal, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

  • Dengan penubuhan pasukan 91 RSD pada 15 September 1972, segala pentadbiran dan pengurusan wisma telah diletakkan di bawah rejimen tersebut dengan menggunakan perjawatan pasukan.

  • Pada 17 Julai 1982, 93 RSD telah ditubuhkan di Kem Imphal.Semua pentadbiran dan pengurusan Wisma Bintara RSD telah diambil alih sepenuhnya oleh rejimen ini. Lokasi Wisma Bintara ini kekal sehingga 15 November 1994.

  • Wisma Bintara RSD telah berpindah ke Kem Perdana Sg Besi. Ianya telah dirasmikan oleh DYMM Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Naqiyuddin Ibni Tuanku Jaafar Al Haj.

    wisma bintara 7


    wisma bintara 1


    wisma bintara 3


    wisma bintara 6