Mersing, 20 Nov 23 - Pasukan telah mengadakan Hari Pengajian 21 Skuadron Semboyan Gerak Khas bertajuk Pengenalan kepada Terrorisme pada 20 Nov 23 di Teratak Camar Southern yang melibatkan kehadiran 2 orang Pegawai dan 18 orang Lain-lain Pangkat.
Pegawai Tadbir, Lt M Mohammad Aniq Syamim bin Anuar telah berkongsikan pengetahuan berkaitan dengan Terrorisme. Hari Pengajian ini bertujuan untuk memberikan pemahaman tentang keganasan yang berlaku di dalam negara dan pada peringkat ATM khususnya supaya anggota menjadi lebih cakna tentang penglibatan dalam aktiviti sedemikian.
Sumber: 21 SS GK

Privasi Anda 

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelawat. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi sektor awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Sebagai contoh, untuk menyelesaikan atau merekodkan aduan, maklumat yang diperlukan disalurkan kepada agensi kerajaan yang lain. 


Data Peribadi 

Pelawat mungkin diminta mengemukakan maklumat peribadi seperti nama dan alamat e-mel untuk penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Perkhidmatan tersebut adalah seperti penghantaran notis melalui e-mel, maklum balas laman web atau cadangan idea/aplikasi. Sebarang maklumat peribadi yang dikemukakan kepada laman web ini tidak akan didedahkan melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang. 


Maklumat Terkumpul 

Tiada sebarang maklumat peribadi anda disimpan semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang anda putuskan untuk dikemukakan melalui pesanan penerbitan, penghantaran e-mel atau langganan perkhidmatan e-mel di laman web ini. 

Laman web ini hanya berkongsi maklumat anda dengan agensi kerajaan lain sekiranya soalan anda berkaitan dengan agensi tersebut, atau sebaliknya sekiranya diperlukan. Laman web ini tidak mengumpul maklumat atau mewujudkan profil individu untuk pemasaran komersial. 


Maklumat Log 

Apabila anda melayari laman web ini, kami mungkin menyimpan maklumat log berikut secara automatik seperti alamat protokol Internet tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada laman, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan. 

Maklumat log ini digunakan untuk mengukur bilangan pelawat yang berkunjung ke laman web ini dan mengenal pasti prestasi atau masalah sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman, analisis corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial. 


Penggunaan Kuki (Cookies)

Laman web ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.


Pautan Kepada Laman Web yang Lain 

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pelawat dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari. 


Perlindungan Data 

Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. 


Dasar Keselamatan 

• Pelawat yang ingin menggunakan kemudahan seperti maklum balas kepada pengemaskinian laman web ini perlu mendaftar bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. 

• Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini. 

• Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).

• Laman web kerajaan dan agensi swasta yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapatkan kelulusan daripada Pentadbir laman web ini. 

• Memecah masuk atau cubaan mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali. 


Pindaan Dasar 

Sekiranya terdapat sebarang pindaan pada dasar, ia akan dikemas kini di halaman ini. Pastikan anda sentiasa melayari bahagian dasar privasi dan keselamatan bagi memastikan anda sentiasa tahu tentang maklumat yang disimpan, kaedah dan waktu ia digunakan.


Penafian 
Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman web ini.

KOPERASI VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

SEMENANJUNG MALAYSIA BERHAD(KORSEM) (BIL. DAFTAR: W-5-0765)

 

 

MAKLUMAT KOPERASI

NAMA : KOPERASI VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

ALAMAT PEJABAT : 306A, LORONG SELANGOR, PUSAT BANDAR MELAWATI, TAMAN MELAWATI, ULU KELANG, 53100 KUALA LUMPUR

TARIKH DAFTAR : 23 NOVEMBER 2011

NO DAFTAR : W-5-0765

NO SIJIL KEWANGAN : K10244494622060140

BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

NO AKAUN : 121130100466664

NO TEL : 03-41057728

EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

FACEBOOK : KOPERASI VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

TARIKH TUBUH : 11 JANUARI 2012

FUNGSI UTAMA : PERKHIDMATAN

JUMLAH SYER : 40.000.00

BILANGAN AHLI : 202  AHLI KOPERASI


 LATAR BELAKANG KOPERASI

PENUBUHAN

  • TELAH DITUBUHKAN PADA 11 JUN 2012 DAN TELAH DILULUSKAN OLEH SKM DENGAN DIBERI NAMA KOPERASI VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

PENGERUSI PERTAMA

  • PENGERUSI PERTAMA YANG TELAH DILANTIK SEMASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA  ADALAH MEJ (B) MOHD KAMALLUDEEN BIN MAHMOOD

PENCETUS IDEA

  • PENCETUS IDEA UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA  IALAH LT KOL(B) DATO KAM YOON SANG TUJUAN UNTUK MEMBANTU PERSATUAN VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA

OBJEKTIF KOPERASI

  • MENINGKATKAN KEPENTINGAN EKONOMI ANGGOTANYA DAN MEMBANTU PERSATUAN VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA UNTUK MENCARI DANA UNTUK MEMBANTU VETERAN DARI SEGI KEBAJIKAN

LAMBANG

  • LAMBANG KORSEM BERBENTUK BULATAN DI DALAM TERDAPAT 5 WARNA YANG DIKEKAL WARNA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA. LAMBANG PETIR MERUPAKAN AHLI-AHLI KOPERASI KORSEM  BERADA DISELURUH MALAYSIA.

MESYUARAT PENUBUHAN DAN MESYUARAT AGUNG PERTAMA

  • MESYUARAT PENUBUHAN  TELAH DIADAKAN DI INSTITUT KOMUNIKASI DAN ELEKTRONIK TENTERA DARAT DI KEM SUNGAI BESI PADA 23 NOVEMBER 2011 DENGAN KEHADIRAN MESYUARAT SERAMAI 162 ORANG
  • MESYUARAT AGUNG PERTAMA TELAH DIADAKAN PADA 26 JUN 2012 DI WISMA BINTARA 93 REJ SEM DIRAJA KEM IMPAL KUALA LUMPUR DENGAN KEHADIRAN SERAMAI  43 AHLI KOPERASI  DAN  DIRASMIKAN OLEH MEJ JEN DATO’ ZULKIFLEE BIN MAZLAN  KETUA PENGARAH JHEV

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI

DATUK RIDZUAN OON BIN ABDULLAH

TIM PENGERUSI

KOL HJ MOHD AKRAM BIN MOHD AKBAR(B)

SETIAUSAHA

EN AZMAN BIN TALIB

BENDAHARI

KAPT WAN HOCK LEONG(B)

AHLI LEMBAGA KOPERASI(ALK)

ALK

LT KOL MAHADI BIN KADIR

ALK

MEJ BOEMAN BIN SAMAN(B)

ALK

EN SAAD BIN MAN

ALK

HJ ISMAIL BIN ARIFFIN

ALK

HJ BAHARUDDIN BIN HJ OMAR

ALK

EN TAJUDIN ARIFFIN BIN MAT DIN

ALK

EN ABU BAKAR BIN IBRAHIM

ALK

MEJ (TFK) ABDUL  HADI BIN ISMAIL

JURU  AUDIT DALAMAN

JAD 1

EN RAZALI BIN ABDUL JABAR

JAD 2

EN VELOO AL PALANIMUTHU

PEGAWAI PROJEK

EN KAMARUZAMAN BIN HUSSIN

PANEL PEGUAM

PEGUAM BELA DAN PEGUAM CARA

  • TIADA

JURUAUDIT LUAR

  • JURUAUDIT SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

JURUAUDIT DALAMAN

  • EN VELOO AL PALANIMUTHU
  • PUAN HAJAH HABSAH BINTI HJ ISMAIL
  • EN RAZALI BIN ABD JABAR

BIDANG KERJA

1.    MENJALANKAN KERJA-KERJA KONTRAK MEMBEKALKAN BAHAN KERING DAN BASAH

2.    MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERJA-KERJA MEKANIKAL TERMASUK PENCUCIAN PENGHAWA DINGIN

3.    MENGUSAHAKAN TANAH PERTANIAN DALAM BIDANG INDUSTRI ASAS TANI,PERLADANGAN DAN MEMELIHARA BINATANG TERNAKAN

4,    MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN

5.    PERKHIDMATAN MENJAHIT DAN BAIK PULIH PAKAIAN DAN KELENGKAPAN

6.    PERKHIDMATAN PENYELANGGARAAN KEJUTERAAN KOMUNIKASI DAN ALAT SEMBOYAN DAN PENYIARAN

7.    LANSKAP KECANTIKAN

8.    MEMBEKALKAN BAHAN-BAHAN BINAAN

9.    SELANGGARAAN FIRE FIGHTER

org pvrsd 1

      Lencana adalah paraphernalia yang dipakai pada pakaian seragam tentera. Tujuan pemakaian adalah sebagai lambang pengiktirafan terhadap kepakaran dan kelayakan anggota dalam perkhidmatan. RSD telah menyediakan lencana khas sebagai pengiktirafan untuk jawatan Foreman dan Yeoman Semboyan.

      Pemakaian lencana ini telah diluluskan pemakaiannya oleh JKPTD pada tahun 1993. Walau bagaimanapun, pemakaiannya terhad kepada Pakaian No 2 (Bush Jacket) dan Pakaian No 3 (Kerja) sahaja. JKPTD Siri 4 tahun 2017 telah meluluskan pemakaian lencana ini pada Pakaian No 1 (Istiadat), Pakaian No 5 (Celoreng) dan Pakaian No 6 (Mess Kit).

Lencana Foreman Semboyan

      Lencana ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tembaga bersadur emas. Ia mempunyai perkataan ‘Foreman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk molekul dan atom sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakangkan dua warna iaitu warna putih di bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. Pemilihan reka bentuk molekul dan atom melambangkan penugasan Foreman Semboyan yang kompleks dan teknikal. Gambar Lencana Foreman Semboyan adalah seperti di Rajah 2.10.

 fomen1

Rajah 2.10: Lencana Foreman Semboyan

 

Lencana Yeoman Semboyan

      Lencana ini berbentuk bulat dan diperbuat daripada tembaga bersadur emas. Ia mempunyai perkataan ‘Yeoman Semboyan’ dengan menggunakan bentuk dua petir sebagai logo asas. Lencana ini berlatar belakangkan dua warna iaitu warna putih di bahagian atas dan warna biru di bahagian bawah. Pemilihan reka bentuk dua petir melambangkan penugasan pengendalian aspek komunikasi iaitu penghantaran dan penerimaan utusan yang perlu dilaksanakan secepat mungkin. Gambar Lencana Yeoman Semboyan adalah seperti di Rajah 2.11.

 yomen1

Rajah 2.11: Lencana Yeoman Semboyan