KUALA PILAH, 13 Jan 25: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menerima persembahan kek dan cendera kenangan dari Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Majlis persembahan kek dan cendera kenangan ini sebagai tanda simbolik RSD sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku yang disambut pada 14 Jan setiap tahun. Turut hadir, Pengarah PI, Peg Mem 97 RSPE dan pegawai staf Jab RSD.
Sumber: Jab RSD