KEMENTAH, 3 Jan 25: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf Jab RSD iaitu Pengarah Cawangan Komunikasi, Ketua Pusat Operasi Semboyan dan Pegawai Staf 2 Latih Ketenteraan di Pusat Operasi Semboyan, Jab RSD.
Majlis dimulakan dengan Serah Terima Tugas Pengarah Cawangan Komunikasi di antara Kol Mohd Hidayat bin A.Halim dengan Kol Ts. Mohd Faisal bin Mahidin, Serah Terima Tugas Ketua Pusat Operasi Semboyan di antara Lt Kol Fairuzeyaza bin Yahaya dengan Lt Kol Noor Azidin bin Bakri dan Serah Terima Tugas Pegawai Staf 2 Latih Ketenteraan di antara Mej Ts. Mohammad Solehhudin bin Mat Taib dengan Mej Ahmad Hayatta bin Razali.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah staf Jab RSD dan SMR Kor.
Sumber: Jab RSD