KUALA LUMPUR, 13 Dis 24: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah menemu duga lima pegawai yang tamat menyertai misi di bawah Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB), kontinjen Malaysia Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) di Pejabat KPS hari ini. Pegawai - pegawai yang terlibat ialah Mej Ahmad Hayatta bin Razali selaku Ketua Elemen Semboyan, Kapt Raja Muhammad Amirul bin Raja Mahadi, Kapt Wong Qin Qin, Kapt Mohamad Firdaus bin Norhaizar dan Kapt Ahmad Taufiq Rahmani bin Hasbullah.
     Temuduga diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati kepada KPS.
Sumber: Jab RSD