KUALA LUMPUR, 7 Dis 24: Program Jiwa Murni anjuran 56 RSPT (AW) sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja ke-72 telah dilaksanakan di Rumah Penyayang Nur Iman, Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur. Seramai 6 pegawai dan 55 anggota LLP telah terlibat dalam Program Jiwa Murni. Turut hadir wakil Ketua Pegawai Semboyan, Lt Kol Razian bin Abdul Rahim.
     Program ini dimulakan dengan taklimat pengagihan tugas dan pelaksanaan gotong-royong Rumah Penyayang Nur Iman. Program diteruskan dengan Ceramah Kesihatan yang bertajuk Gaya Hidup Sihat: Panduan Menuju Kesejahteraan kepada anak-anak Rumah Penyayang Nur Iman oleh Mej (Dr) Mastura binti Hamzah, PS 2 Perubatan, Cwg Kesihatan, Mk 4 Divisyen.
     Program ini diteruskan dengan Bacaan Tahlil Ringkas dan Jamuan Makan Tengahari bersama anak-anak Rumah Penyayang Nur Iman. Program Jiwa Murni diakhiri dengan penyampaian sumbangan barang dapur dan wang tunai kepada Puan Sharimah binti Ali, Pengasas Rumah Penyayang Nur Iman dan penyampaian cenderahati kepada penghuni Rumah Penyayang Nur Iman yang disempurnakan oleh Lt Kol Razian bin Abd Rahim. Majlis diakhiri dengan acara bergambar.
Sumber: Jab RSD