KUALA LUMPUR, 6 Dis 24 - Perlawanan Bola Sepak sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja ke-72 telah diadakan di Padang Bola KEMENTAH B dan disempurnakan oleh Brig Jen Dr. Adnan bin Ajis selaku wakil kepada Pengerusi RSD. Perlawanan ini merupakan salah satu acara tahunan bagi meraikan Sambutan HUT RSD. Perlawanan melibatkan gabungan pasukan RSD Zon Utara iaitu dengan nama jolokan ‘Northern Gladiators’ melawan gabungan pasukan RSD Zon Selatan iaitu ‘Southern Warriors'. Julung kalinya tahun ini perlawanan turut diadakan antara Persatuan Veteran RSD melawan Pegawai dan anggota yang masih berkhidmat.
     Perlawanan diadakan selama 30 minit bagi setiap separuh masa dan komposisi setiap tim merangkumi pelbagai peringkat pegawai dan anggota termasuk Veteran RSD. Gabungan pasukan RSD 'Northern Gladiators' telah berjaya merangkul kejuaraan tahun ini dengan jaringan 5 berbalas 2. Bagi perlawanan kedua pula dimenangi oleh PVRSD FC dengan jaringan 1 berbalas 0.
     Turut hadir, Brig Jen Ts. Hamidi bin Achin, Pengarah Kanan Operasi Stategik dan Pembangunan, BSEP, Pegawai-pegawai Kanan RSD, pegawai, anggota dan veteran Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: Jab RSD