KUALA LUMPUR, 5 Dis 24: Rejimen Semboyan Diraja telah menganjurkan Kejohanan Golf HUT RSD ke-72 yang diadakan di Kelab Golf Seri Selangor. Kejohanan pada kali ini disambut meriah dengan penglibatan Pegawai Kanan RSD, Pegawai-Pegawai RSD, Pesara RSD dan jemputan rakan strategik.
     Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dalam ucapannya mengatakan penganjuran kejohanan golf ini adalah untuk meraikan Hari Ulang Tahun RSD ke-72 serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga RSD. Beliau juga merakamkan setinggi ucapan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu 99 RSPS kerana telah berjaya menganjurkan Kejohanan Golf HUT RSD Ke -72 pada tahun ini.
     Turut menyertai kejohanan ini ialah Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Ketua Staf Tentera Darat (KSTD), Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan.
Sumber: Jab RSD