KUALA LUMPUR: Sel Teknikal Jab RSD telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Alat Ganti dan Senggaraan Peralatan Komunikasi mulai 19 hingga 22 Nov 24 bertempat di Woksyop Pangkalan 71 RSDPMB. Penganjuran kali ini melibatkan 55 peserta yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 53 Anggota LLP RSD.
Tujuan pelaksanaan bengkel ini adalah bagi mendapatkan data terkini berkaitan keperluan senggaraan dan alat ganti peralatan komunikasi daripada pasukan-pasukan RSD untuk perancangan perolehan pada tahun 2025. Sesi taklimat turut diadakan semasa bengkel menjurus kepada pemeriksaan peralatan semboyan serta berkaitan dengan peringkat senggaraan di Woksyop RSD. Sesi ini dihadiri oleh Pengarah Cawangan Komunikasi Jab RSD, Pemangku Pegawai Memerintah 99 RSPS, wakil pasukan IKED dan Pegawai Staf Jab RSD.
Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Komunikasi Jab RSD iaitu Kol Hj Mohd Hidayat bin A.Halim mewakili Ketua Pegawai Semboyan. Beliau telah menyampaikan amanat dan harapan terhadap peserta yang hadir bengkel pada kali ini.
Sumber: Jab RSD