SUNGAI BESI, 15 Nov 24: Istiadat Pengebumian Panji-Panji Rejimen 71 Rejimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat telah disempurnakan oleh Pengerusi Rejimen Semboyan Diraja, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra. Menyingkap sejarah yang lalu, 71 RSDPMB telah dianugerahkan Panji-Panji Rejimen oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-12, Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Penganugerahan Panji-Panji Diraja pada 5 Jun 2004 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
     Setelah dua dekad, sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya Istiadat Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan Diraja Pemerintahan Medan Barat telah direalisasikan dan disempurnakan oleh Kol YDP RSD, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 7 Julai 2024 di Dataran PTD, Kem Perdana Sungai Besi. Kini, Panji-Panji 71 RSDPMB yang lama akan diabadikan untuk tatapan generasi yang akan datang.
     Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Kanan Operasi Stratergik & Pembangunan, Pengarah Peperangan Informasi dan mantan-mantan Pegawai Memerintah 71 RSDPMB bermula era penganugerahan Panji-Panji Rejimen 71 RSDPMB sehingga sekarang.
Sumber: 71 RSDPMB