KUALA LUMPUR, 4 Nov 24: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah meluangkan masa hari ini untuk menghadiri sidang video bersama pegawai dan anggota Rejimen Semboyan Diraja MALBATT 850-12. Sesi ini memberi kesempatan kepada beliau untuk menyampaikan amanat, panduan dan nasihat kepada anggota elemen komunikasi dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kelak.
Beliau turut berkehendakkan agar anggota elemen komunikasi sentiasa sematkan di dalam hati dan sanubari masing-masing untuk sentiasa mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, memelihara nama baik Tentera Darat amnya dan Rejimen Semboyan Diraja khasnya.
Turut hadir dalam sidang video ini ialah PS 1 Kor Jab RSD, PS 1 SM Jab RSD dan PS 2 Pegawai, Jab RSD.
Sumber: Jab RSD