KUALA LUMPUR, 27 Sep 24: Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen Kor Rejimen Semboyan Diraja telah dilaksanakan di Gelanggang Bola Tampar, Jab RSD 2, Garisson Kementah yang disempurnakan oleh PW I (SMR) Mohammad bin Bahari. Perbarisan terdiri daripada 46 PTTK dan 15 PTTR yang diketuai oleh PW I Mohd Saipulizan bin Tukimin.
     Dalam ucapan, beliau menyeru agar semua warga Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja untuk menunjukkan taat setia yang tinggi kepada  Ketua Pegawai Semboyan dan mempamerkan mutu disiplin yang tinggi sebilang masa. Beliau turut menegaskan agar sentiasa menjaga keterampilan diri serta tidak terlibat dengan salah laku yang boleh mencemarkan nama baik perkhidmatan.
Acara perbarisan diakhiri dengan bacaan doa oleh Kpl Mohammad Syamim bin Mohd Desa.
Sumber: Jab RSD