SUNGAI BESI, 23 Sep 24 – Majlis Serah Terima Aset Multi Channel Radio System (MCRS 1) telah diadakan di 99 RSPS disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra. Majlis ini turut dihadiri Pegawai-pegawai kanan RSD. Majlis dimulakan dengan lawatan ke tempat penyimpanan peralatan dan kenderaan MCRS 1 di Woksyop Pangkalan 71 RSDPMB.
      Seterusnya, KPS telah mendengar taklimat daripada Pegawai Staf 1 Teknikal berkenaan perjalanan proses pindah alih MCRS 1. Majlis diteruskan lagi dengan acara menandatangani Sijil Serah Terima Aset di antara Pegawai Memerintah 3 RSD iaitu Kol Nik Roslan bin Haji Nik Mohamed Ariffin dengan Pegawai Memerintah 1 RSD iaitu Kol Nik Nahar bin Nik Mohd Isa. KPS turut berbesar hati untuk melekatkan lambang RSD sebagai gimik penyerahan kenderaan tersebut kepada 1 RSD secara rasminya. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di Le Gurun, 99 RSPS.
Sumber: Jab RSD