SUNGAI BESI, 4 Sep 24: Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tentera Darat telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.
Majlis ini melibatkan Ketua Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM) Berhad, En Amar Huzaimi bin Md Deris dianugerahkan tauliah Kolonel Kehormat dan menjawat jawatan sebagai Komander 56 RSPT (AW).  Selain itu, seramai 2 anggota LLP turut ditauliahkan sebagai pegawai Senarai Tugas Khas (STK) iaitu Lt M (PTS) Zamri bin Hasan dan Lt M (PTS) Mohd Fadhilah bin Daud @ Abdullah. Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.
Syabas dan tahniah dari warga Rejimen Semboyan Diraja
Sumber: Jab RSD