Mersing, 23 Ogos 24 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 21 Skuadron Semboyan Gerak Khas (21 SS GK) telah mengadakan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat BAKAT 21 SS GK dengan bertemakan Hari Kebangsaan. Majlis telah diserikan dengan ketibaan Pengerusi BAKAT 21 SS GK iaitu Puan Nur Aiza binti Sahree yang bertempat di Tasik 21 SS GK, Kem Iskandar.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk melihat kreativiti serta mencungkil idea-idea baharu ahli BAKAT 21 SS GK dalam persembahan masakan. Selain itu, majlis ini diadakan sebagai persediaan awal kepada ahli BAKAT yang akan menyertai pertandingan Kraftangan dan Memasak peringkat BAKAT 21 GGK akan datang. Antara masakan yang disajikan adalah Pulut Kuning dan Rendang Ayam.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan pertandingan mewarna kategori kanak-kanak sempena menyambut bulan Kemerdekaan yang ke-67 dan sambutan Hari Lahir juga turut diadakan dengan sesi memotong pulut kuning bagi meraikan hari kelahiran anggota 21 SS GK pada bulan Ogos.
Setelah selesai masakan, semua anggota dan ahli BAKAT 21 SS GK yang hadir telah di hidangkan dengan pulut kuning dan rendang. Majlis telah diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan ucapan daripada Ketua Skuadron 21 SS GK.
Sumber: 21 SS GK