MERSING, 16 Ogos 24 - Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai dan LLP dilaksanakan di perkarangan Seksyen Pengangkutan 21 SS GK yang melibatkan seramai seorang Pegawai dan 6 anggota LLP.
Upacara pemakaian pangkat pegawai dan LLP ini telah disempurnakan oleh Ketua Skuadron, Lt Kol Ts Fandi bin Hamid. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat serta berharap tugas yang diberikan dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
Sumber: 21 SS GK