KUALA LUMPUR, 9 Ogos 24: Jab RSD melalui Sel Teknikal telah menganjurkan Bengkel Semak Kaji JPTD RSD mulai 6 hingga 9 Ogos 24 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL). Seramai 50 Pegawai dan PTTK terdiri daripada Subject Matter Expert (SME) dari Jab RSD dan wakil pasukan-pasukan RSD di bawah TD telah menyertai bengkel tersebut.
Antara objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah bagi membincangkan penambahbaikan terhadap JPTD RSD sedia ada berpandukan keperluan pengoperasian semasa dan Way Forward TD. Selain itu, bengkel ini juga menjadi permulaan perbincangan di antara Jab RSD dan semua pasukan RSD di bawah TD dalam proses memperbaharui JPTD RSD untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sukatan Alatan Tentera Darat (JSATD) pada tahun 2025/2026.
Peserta telah dibahagikan kepada 6 tim iaitu Rej Sem Div, Skn Sem Bgd, Tp Sem, Rej Sem Khusus, Skn Sem Khusus dan IKED. Semak kaji akan diteruskan di peringkat pasukan untuk pembentangan kepada Jab RSD secara berperingkat mengikut keahlian setiap tim. Majlis Penutup bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Komunikasi Jab RSD, Kol Mohd Hidayat bin A. Halim.
Sumber: Jab RSD