MELAKA: 22 Jul 24 - Terdapat 2 Tim BAKAT 21 SS GK yang terdiri daripada 6 orang ahli BAKAT telah menyertai Pertandingan Memanah BAKAT peringkat 21 GGK yang telah dilaksanakan di Dewan Ramli, PULPAK, Kem Sg. Udang pada 20 Jul 24.
Pertandingan ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim disamping untuk mencari wakil BAKAT 21 GGK bagi pertandingan peringkat BAKAT TD kelak.
Konsep pertandingan ini adalah 15 meter bagi acara berkumpulan (3 orang ahli BAKAT) dan 20 meter bagi novelti iaitu pertandingan antara pengerusi BAKAT dalam 21 GGK.
BAKAT 21 SS GK telah memperoleh tempat ke-6 dan ke-15 daripada keseluruhan 16 tim yang bertanding. Semua yang terlibat telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Sumber: 21 SS GK