240604
SUNGAI BESI, 4 Jun 24 - Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah 99 RSPS telah diadakan di padang kawad pasukan, disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Seramai 4 pegawai dan 55 anggota LLP diketuai oleh Mej Mohd Hamirul Ikmal bin Ahmad terlibat dalam perbarisan tersebut dan diiringi oleh Brassband RSD yang dipimpin oleh Drum Mejar SSjn Farziana binti Adam.
Brig Jen Dr Adnan bin Ajis telah menyerahkan kuasa Peg Mem kepada Pemangku Peg Mem iaitu Lt Kol Norhafizah binti Gulam Rasul. Beliau akan bertukar keluar ke BSPP – Direktorat Peperangan Informasi menjawat jawatan sebagai Pengarah Peperangan Informasi.
Turut hadir ialah Pegawai Staf 1 Kor Jab RSD dan SMR Kor RSD. Acara serah terima tugas kemudiannya di akhiri dengan jamuan ringan dan tanda tangan buku lawatan Pasukan 99 RSPS.
Sumber: 99 RSPS