KUALA LUMPUR, 29 Mei 24: Dua Pegawai Kanan dan seorang Pegawai Sukarela Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur.
Kol Dr Adnan bin Ajis telah dinaikkan pangkat kepada Brig Jen berkuatkuasa pada 26 April 24 dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Peperangan Informasi di MDIO - DPI manakala Kol Ts. Hamidi bin Achin telah dinaikkan pangkat kepada Brig Jen berkuatkuasa pada 26 April 24 dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Operasi Strategik dan Pembangunan di MK ATM-BSEP. Turut dinaikkan pangkat ialah Peg Mem 56 RSPT (AW) iaitu Mej Mohamad Ansahari bin Abdul Kudus yang telah dinaikkan pangkat Lt Kol berkuatkuasa pada 26 April 2024.
Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat. Syabas dan tahniah daripada warga Rejimen Semboyan Diraja.
Sumber: Jab RSD