240525
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2024: Jabatan Arah RSD telah menganjurkan Ceramah Etika dan Penampilan Diri Tahun 2024 yang melibatkan Pegawai Wanita RSD, PTT Kanan RSD, Isteri Pegawai RSD dan Isteri PTTK RSD bertempat di Auditorium Binary, BSEP.
Ceramah ini telah disampaikan oleh Lt Kol Rozi binti Abbas (B). Objektif ceramah ini diadakan bagi mengeratkan jalinan ukhwah dan mewujudkan kesatuan yang erat di kalangan Ahli BAKAT dan wanita RSD. Selain itu, pengisian ceramah ini turut memberikan gambaran jelas berkaitan etika pemakaian dan penampilan diri bagi menghadiri sesuatu majlis rasmi dan juga tidak rasmi serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan Ahli BAKAT dan Wanita RSD.
Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderahati dan jamuan makan tengahari.
Sumber: Jab RSD