KUALA LUMPUR, 2 Mei 24: Seramai 2 pegawai dan 17 anggota LLP Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan Brig Jen Dato'Ts. T.Azharan bin T.Putra bertempat di Pusat Operasi Semboyan, Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja.
Ketua Pegawai Semboyan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pegawai dan Staf yang telah dinaikkan pangkat dan beliau mengingatkan bahawa pangkat dan jawatan yang diberikan bukan sekadar menjadi kebanggaan, bahkan ianya merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul.
Turut hadir, Pegawai Kanan RSD, pegawai staf dan LLP Jab RSD.
Sumber: Jab RSD