KUALA LUMPUR, 29 Apr 24: Seramai tiga pegawai kanan Rejimen Semboyan Diraja dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur.
Lt Kol Kharul Rijal bin Abd Manap telah dinaikkan pangkat kepada Kolonel berkuatkuasa pada 21 Mac 2024 dan menjawat jawatan Komandan IKED manakala Lt Kol Badrul Hisham bin Nasir Nordin telah dinaikkan pangkat kepada Kolonel berkuatkuasa 21 Mac 2024 dan menjawat jawatan AKS J6 MAB.
Antara pegawai kanan RSD yang dinaikkan pangkat juga adalah Mej Mohd Redzuan bin Osman dinaikkan pangkat kepada Lt Kol berkuatkuasa pada 21 Mac 2024 menjawat jawatan Penolong Pegawai Memerintah MOSEP.
Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.
Syabas dan tahniah daripada warga Rejimen Semboyan Diraja
Sumber: Jab RSD