240424
KUALA LUMPUR, 24 April 2024 : Majlis Sambutan Hari Raya Rejimen Semboyan Diraja 2024 telah diadakan bertempat di perkarangan 96 RSTD, Kem Imphal.
Majlis yang telah dianjurkan oleh 97 RSPE ini telah dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato' Zaidan bin Atan, Pegawai-Pegawai Kanan Markas Tentera Darat, Veteran RSD, rakan-rakan strategik serta seluruh warga RSD sekitar Lembah Klang.
Ketibaan Panglima Angkatan Tentera dan tetamu-tetamu jemputan disambut oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan Pegawai-Pegawai Kanan RSD.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan video raya terbaik yang dimenangi oleh 97 RSPE dan hiasan gerai tercantik yang dimenangi oleh gerai Jab RSD.
Sumber : Jab RSD