KUALA LUMPUR, 5 Apr 24: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah menyempurnakan Majlis Khatam Al - Quran Jab RSD Tahun 2024 yang diadakan di Surau An – Nur, 93 RSD.
Majlis turut diisi dengan penyampaian cenderahati oleh Ketua Pegawai Semboyan kepada staf pegawai dan LLP Jab RSD yang telah mengambil bahagian dalam Tadarus Al-Quran pada tahun ini.
Usai majlis, acara diteruskan perjumpaan Ketua Pegawai Semboyan bersama staf Jab RSD bertujuan memberi pesanan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan pandu dengan berhemah sepanjang musim perayaan ini
Hadir bersama dalam majlis ini adalah Pengarah Sumber Manusia, Kol Mohammed Rizal bin Zakaria, Ketua - ketua Sel, SMR Kor dan staf Jab RSD.
Sumber: Jab RSD