KEMENTAH, 5 Apr 24: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra telah menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita RSD di Pusat Operasi Semboyan, Jab RSD.
Majlis dimulakan dengan serah terima tugas Pegawai Staf 1 Sumber Manusia di antara Mej Muhd Faiz bin Rosli dengan Lt Kol Norashikin binti Awang.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan serah terima tugas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita RSD di antara Lt Kol Nurul Izzati Sussi binti Abdullah dengan Lt Kol Norashikin binti Awang.
Hadir bersama dalam majlis ini adalah Pengarah Sumber Manusia, Kol Mohammed Rizal bin Zakaria, SMR Kor dan staf Jab RSD.
Sumber: Jab RSD