KUALA LUMPUR, 26 Mac 24: Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri, Datin Zaleha binti Ayob telah meluangkan masa berbuka puasa bersama ahli Wisma Perwira RSD yang diadakan di Wisma Perwira RSD, Jalan Ampang.
Majlis yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara sesama warga wisma.
Ketua Pegawai Semboyan turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada staf wisma sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka dalam melaksanakan tugas di Wisma Perwira RSD.
Sumber: Jab RSD