KUALA LUMPUR, 22 Mac 24 - AJK Agama JKHEW Wanita RSD telah ditugaskan sebagai penganjur bagi Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Wanita Rejimen Semboyan Diraja bagi Tahun 2024. Majlis ini telah dilaksanakan mulai 21 hingga 22 Mac 24 melibatkan pasukan-pasukan RSD di seluruh Malaysia. Jumlah peserta bagi penganjuran tahun ini ialah seramai 58 kali peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota wanita RSD.
Objektif pelaksanaan majlis adalah untuk memupuk kecintaan terhadap Al-Quran, memantapkan kemahiran membaca Al-Quran dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga Wanita RSD.
Majlis dimulakan dengan Tadarus Al-Quran di pasukan masing-masing pada 21 Mac 24 dan diikuti dengan Khatam Al Quran secara atas talian pada 22 Mac 24. Majlis yang telah berlangsung selama 2 hari ini diakhiri dengan sesi tazkirah ringkas oleh Guru Agama Mk 4 Div.
Sumber: JKHEW Wanita RSD.