KUALA LUMPUR, 22 Mac 24: Seorang pegawai kanan Rejimen Semboyan Diraja telah dinaikkan pangkat dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TD yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan di Dewan Zulkifeli Zin Wisma Perwira TD, Kuala Lumpur.
Pegawai kanan RSD yang dinaikkan pangkat dari Mej ke pangkat Lt Kol ialah Mej Mohd Ridzuan bin Ab Rahman. Turut hadir, Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.
Syabas dan tahniah daripada warga Rejimen Semboyan Diraja
Sumber: Jab Arah RSD