SUNGAI BESI, 16 Mac 24: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan mencemar duli berangkat untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga RSD dan KJLJD bertempat di Masjid Thoriq bin Ziyad TD, Kem Perdana Sungai Besi. Turut mencemar duli, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.
Majlis dimulakan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam diikuti Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih berjemaah. Majlis diakhiri dengan santapan moreh.
Seramai 400 orang warga RSD dan KJLJD yang terdiri daripada Pegawai, anggota LLP dan ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah hadir ke majlis ini.
Tetamu jemputan yang hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim dan Isteri Datin Haslinda binti Mohd Ali. Turut hadir Pengerusi RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob, Pengerusi KJLJD, Brig Jen Dato’ Ts. Muhammad Shafiq Poh bin Abdullah dan isteri Datin Norazizah binti Mamat serta Pengarah KJLJD, Brig Jen Hj Ahmad Jaidi bin Ali dan isteri Puan Hjh Noraida binti Wagiman.
Sumber: Jab RSD