KUALA LUMPUR: 4 Mac 2024 - Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf 1 Kor Jabatan Arah Rejimen Semboyan Diraja telah diadakan di Pusat Operasi Semboyan yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Majlis dimulakan dengan acara menandatangani Nota Serah Terima Tugas di antara Lt Kol Sharizat bin Ahmad Nawawi dengan Lt Kol Razian bin Abdul Rahim selaku Pegawai Staf 1 Kor yang baharu. Lt Kol Sharizat bin Ahmad Nawawi telah memangku tugas sebagai Pegawai Staf 1 Kor mulai 26 Disember 23 hingga 4 Mac 24.
Sumber: Jab RSD