BANGI, 25 Feb 24: Jab RSD telah menganjurkan Kejohanan Golf Medal RSD Siri 1/24 bertempat di Bangi Golf Resort. Seramai 52 pemain terlibat dalam kejohanan kali ini yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra, Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Pesara RSD serta Jemputan Rakan Strategik.
Sebanyak 15 hadiah bagi Kategori Pegawai RSD manakala 10 hadiah dipertandingkan bagi Kategori Jemputan RSD. Kategori Pegawai Wanita RSD dimenangi oleh Kapt Madihah binti Mohd Fadzil manakala Kategori Pegawai RSD dimenangi oleh Lt Kol Faizal Hamdy bin Hj Hussain. Bagi Kategori Jemputan RSD dimenangi oleh Lt Kol Ibrahim bin Abu Bakar (B).
Majlis diakhiri dengan ucapan oleh KPS yang telah merakamkan setinggi ucapan penghargaan kepada semua Golfers yang menyertai kejohanan pada siri ini.
Kejohanan Golf Medal RSD dilaksanakan secara berpenggal sebanyak 4 kali setahun.
Sumber: Jab RSD