KUALA LUMPUR, 21 Feb 24: DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan menerima sembah mengadap Pengerusi Kor RSD, Brig Jen Dato’ Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob di Istana Negeri Sembilan, Cangkat Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sembah Mengadap ini bertujuan untuk mempersembahkan Aktiviti bersama DYMM Kol Yang Dipertua RSD dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan bagi Tahun 2024. Sembah menghadap ini turut memperkenalkan Pegawai-pegawai Kanan yang telah dinaikkan pangkat iaitu Kol Muhammad Nazri bin Ahmad dan Kol Ts. Mohd Faisal bin Hj Mahidin yang hadir bersama isteri Puan Nurrashiqah binti Yusof.
Sumber: Jab RSD