MERSING, 16 Januari 2024: Seramai 3 Pegawai dan 38 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Pasukan 21 SS GK telah menjalani Ujian Kecergasan Asas Penggal Pertama bertempat di sekitar Rejimen 22 Komando.
Ujian ini telah dimulakan dengan latihan pemanasan badan dan sesi taklimat oleh Jurulatih Jasmani. Terdapat 2 kategori UKA yang dilaksanakan iaitu Kategori Pertama adalah UKA Green Beret yang merangkumi larian sejauh 3.2 Km dan Kategori Kedua adalah UKA Non Green Beret yang merangkumi larian sejauh 2.4 Km, manakala ujian komponen kekuatan yang terdiri daripada Bangkit Tubi, Tekan Tubi dan ujian kekuatan Mendagu bagi kategori Green Beret telah dilaksanakan mengikut kategori umur yang digariskan perkhidmatan.
Objektif pelaksanaan UKA adalah bagi menguji, menilai dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal setiap peringkat pegawai dan anggota pasukan supaya sentiasa berada pada tahap yang tinggi.
Sumber: 21 SS GK