NEGERI SEMBILAN, 14 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merangkap Kol YDP RSD, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Kawalan Kehormatan sempena Hari Keputeraan Ke-76 DYMM Tuanku di Padang Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Istiadat Kawalan Kehormatan Utama telah disempurnakan oleh pasukan 71 RSDPMB. Istiadat diteruskan dengan Pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat yang dilaksanakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.
Seluruh warga RSD menyembah takzim dan menjunjung kasih di atas perkenan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengurniakan pingat dan darjah kebesaran serta mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik kepada DYMM Tuanku.
Sumber: Jab RSD