KUALA PILAH, 13 Jan 24: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menerima sembah mengadap Pengerusi Kor RSD, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.
Sembah Mengadap ini bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Tuanku yang ke-76 pada 14 Januari 2024 dan acara ini turut mempersembahkan cenderakenangan.
DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
Sumber: Jab RSD