KUALA LUMPUR, 3 Jan 24: Penolong Pegawai Memerintah 56 RSPT (AW), Lt Kol Faizal Hamdy bin Hj Hussin telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat melibatkan seorang pegawai dipertugaskan sepenuh masa dan 7 anggota LLP Sukarela 56 RSPT (AW) di Bilik Mesyuarat Jab RSD 2.
Pegawai yang telah dinaikkan pangkat dari Lt M ke Lt iaitu Lt Nor Ayuni binti Zainudin, manakala 3 anggota Sukarela dinaikkan pangkat dari Sjn ke SSjn iaitu SSjn Rohana binti Jusoh, SSjn Fazmir Iryan bin Mohamed dan SSjn Mohd Syawal Syahdan bin Mohamed Zin. Bagi kenaikan pangkat Kpl ke Sjn, 2 anggota Sukarela iaitu Kpl Mohamad Naim bin Ani dan Kpl Syazwan bin Shamsudin. Kenaikan pangkat Pbt ke LKpl iaitu LKpl Erniearmiza binti Bujang dan LKpl Noor Sahara binti Mohamad.
Majlis diakhiri dengan Ucapan Penolong Pegawai Memerintah dan Acara Bergambar.
Sumber: 56 RSPT (AW)