KEMENTAH, 3 Jan 24: Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Sumber Manusia, Jab RSD telah diadakan di Pusat Operasi Semboyan dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Pengarah Sumber Manusia sebelum ini telah dipangku oleh Lt Kol Radziah binti Mohamad menyerahkan tugas kepada Kol Mohammed Rizal bin Zakaria sebagai Pengarah Sumber Manusia yang baharu.
Majlis diakhiri dengan acara jamuan ringan.
Sumber: Jab RSD