KEMENTAH, 26 Dis 23: Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Staf, Jab RSD telah diadakan di Pusat Operasi Semboyan dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Majlis dimulakan dengan serah terima tugas Pemangku Pengarah SM di antara Lt Kol Ts. Hamdan bin Abd Rahman dengan Lt Kol Radziah binti Mohamad disusuli dengan serah terima tugas Pegawai Staf 1 Kor di antara Lt Kol Misham Zail bin Yaacob dengan Lt Kol Sharizat bin Ahmad Nawawi. Seterusnya serah terima tugas Pegawai Staf 1 SM di antara Lt Kol Ts. Hamdan bin Abd Rahman dengan Mej Muhd Faiz bin Rosli.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan serah terima tugas Pegawai Staf 2 Alat di antara Lt Kol Nazrizal bin Rus dengan Kapt Mohd Hanafi bin Ahmad dan serah terima tugas Pegawai Staf 2 Pegawai di antara Mej Norimah binti Rahim dengan Mej Muhd Faiz bin Rosli. Seterusnya serah terima tugas Pegawai Staf 2 LLP di antara Mej Suzaidi bin Abu Bakar dengan Mej Faizal bin Zainal Abidin dan serah terima tugas Pegawai Staf 2 Latihan Ketenteraan di antara Mej Rohaya binti Ahamat dengan Mej Mohammad Sollehhudin bin Mat Taib.
Majlis diteruskan serah terima tugas Pegawai Staf 2 Latihan Teknikal di antara Mej Muhammad Mazhar bin Mofty dengan Mej Fateha binti Nasir dan serah terima tugas Pegawai Staf 2 Telekomunikasi di antara Mej Masmizi bin Shakry dengan Mej Mohd Izzat bin Rozi.
Majlis diakhiri dengan acara jamuan ringan.
Sumber: Jab RSD