240102
KEM KEMENTAH, 19 Dis 23: Jab RSD telah mengadakan Lembaga Tapisan Kenaikan Pangkat Jenis Alpha, Bravo dan Charlie bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Operasi Semboyan.
Seramai 318 orang anggota LLP telah terpilih di dalam Lembaga Tapisan Kenaikan Pangkat siri ini yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra.
Lembaga Tapisan Kenaikan ini dilaksanakan bagi menapis dan meluluskan anggota LLP RSD yang telah disokong oleh pasukan untuk dinaikkan pangkat dari LKpl sehingga P/PW I mengikut kekosongan perjawatan semasa.
Lembaga dimulakan dengan Taklimat daripada Sel LLP dan seterusnya diakhiri dengan resolusi lembaga.
Turut hadir Pegawai Memerintah pasukan RSD, wakil Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat dan Staf Sel Sumber Manusia Jab RSD.
Sumber: Jab RSD