KUALA LUMPUR, 15 Dis 23: Jab RSD telah menganjurkan Majlis Sekalung Budi Seindah Kenangan di Mega View 1 Banquet Deck Hall, Menara Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato' Ts. T.Azharan bin T.Putra dan isteri Datin Zaleha binti Ayob, Staf Jab RSD dan staf yang diraikan terdiri daripada pegawai dan anggota yang akan bertukar keluar dan tamat perkhidmatan. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan dan menghargai komitmen serta jasa sumbangan bakti staf sepanjang berkhidmat di Jab RSD.
Majlis dimulakan jamuan makan malam dan acara memotong kek bagi staf yang menyambut kelahiran pada bulan Disember 2023 dan Januari 2024. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan nyanyian karaoke oleh Staf Jab RSD.
Acara ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Staf Jab RSD akan bertukar keluar dan telah tamat perkhidmatan yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Semboyan.
Sumber: Jab RSD