KUALA LUMPUR, 9 Dis 23: Program Jiwa Murni anjuran 56 RSPT (AW) sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Semboyan Diraja ke-71 telah dilaksanakan di Rumah Titian Kaseh, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Seramai 50 anggota RSD pasukan Lembah Klang telah terlibat dalam Program Jiwa Murni. Turut hadir Ketua Pegawai Semboyan, Brig Jen Dato’ Ts. T. Azharan bin T. Putra dan isteri, Datin Zaleha binti Ayob, para Pegawai Kanan sekitar Lembah Klang dan isteri dan tetamu jemputan, Pengarah Urusan ARNN Technologies, Dato’ Mohtar bin Muhammad dan isteri Datin Nik Sarini Nik Husin.
Program ini dimulakan dengan taklimat pengagihan tugas dan pelaksanaan gotong-royong Rumah Titian Kaseh. Program diteruskan dengan Ceramah Jati Diri kepada anak-anak Rumah Titian Kaseh oleh Lt Kol Hajah Siti Normiah Marzuki, Ketua Sektor Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling ATM.
Majlis kemudiannya diakhiri dengan Jamuan Makan Tengahari bersama anak-anak Rumah Titian Kaseh dan penyampaian sumbangan berupa sebuah Mesin Basuh dan duit yang disempurnakan oleh KPS dan isteri.
Sumber: 56 RSPT (AW)