KUCHING, 3 Nov 23: Majlis Makan Malam sempena HUT ke-5 pasukan 72 RSPMT bertemakan ‘Back To School’ telah dilaksanakan bertempat di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang. Majlis ini diadakan adalah bertujuan bagi menghargai semua anggota pasukan 72 RSPMT dan meraikan anggota pasukan dan BAKAT yang akan bertukar keluar. Majlis ini dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah Lt Kol Abdul Manap bin Hussain dan keluarga.
Terdapat penyampaian hadiah kepada pemenang sukan, cenderahati kepada anggota dan BAKAT yang bertukar keluar serta hadiah kepada anggota yang baru berkahwin. Selain itu majlis makan malam turut dipertontonkan tayangan montaj yang memaparkan rangkuman acara yang telah diadakan sempena HUT ke-5 pasukan.
Sumber: 72 RSPMT