KUCHING, 1 dan 2 Nov 23: Pasukan 72 RSPMT telah mengadakan Hari Keluarga sempena HUT ke – 5 pasukan bertempat di Padang Kawad 72 RSPMT, Kem Penrissen. Penganjuran kali ini telah dihadiri seramai 330 orang terdiri dari pegawai, anggota, bekas anggota pasukan dan ahli keluarga. Hari Keluarga ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Memerintah, Lt Kol Abdul Manap bin Hussain dan Pengerusi BAKAT, Puan Shazatul Haznim binti Yaali bersama keluarga.
Pelbagai acara sukaneka dan sukan rakyat telah dianjurkan bagi kategori pasukan, kanak-kanak, pasangan suami isteri dan BAKAT. Selain itu terdapat aktiviti Garage Sales dan gerai jualan dari setiap skuadron serta jemputan PERNAMA dan Koperasi Tentera. Pada sebelah malam terdapat pertandingan karaoke kategori pasukan, pasangan suami isteri dan BAKAT.
Hari keluarga ini berakhir dengan acara penyampaian hadiah pada bagi sukaneka, sukan rakyat dan pertandingan karaoke yang telah dipertandingkan. Secara amnya aktiviti ini telah mencapai objektif utama iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga dan anggota pasukan 72 RSPMT.
Sumber: 72 RSPMT